Tuesday 24 September 2013

BAB 10

Unit 10

Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia
Perbandingan iklim negara Malaysia dengan iklim negara-negara lain serta mengetahui persamaan dan perbezaan pelbagai cara hidup manusia di kawasan zon panas, zon sederhana sejuk dan zon sejuk.



Malaysia( zon panas)-Iklim Khatulistiwa
Ciri: Panas dan lembap sepanjang tahun








Cara hidup:              a)            menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi
                                b)            menanam pelbagai jenis tanaman
                                c)            dapat menghubungkan semua tempat
                                d)            tempat tinggal yang tetap
                                e)            tinggal di rumah moden dan tradisional

Gurun Thar(zon panas) –Iklim gurun panas
Ciri: Panas dan kering sepanjang tahun
Cara hidup :          a)            kehidupan nomad/berpindah-randah
                                b)            penanaman gandum dan kapas
                                c)            Projek Terusan Rajasthan untuk pertanian
                                d)            menternak unta, biri-biri dan kambing
                                e)            unta juga digunakan untuk pengangkutan

Siberia(zon sederhana sejuk)- Iklim Siberia/Iklim sejuk sederhana kebenuaan

    Ciri : Sejuk dan kering sepanjang tahun                                                                                                    Cara hidup :             a)            kehidupan nomad/berpindah-randah
                                b)            penanaman sagu dan tembakau
                                c)            menternak kuda, lembu, dan biri-biri
                                d)            tinggal di dalam khemah
                                e)            pembalakan dijalankan pada musim sejuk

Greenland(zon sejuk)-Iklim Tundra/Iklim Artik
Ciri : Sangat sejuk dan kering sepanjang tahun
Cara hidup :              a)            memburu karibu dan anjing laut
                                b)            perikanan merupakan pekerjaan utama
                                c)            pertanian terhad
                                d)            penternakan biri-biri, rusa, dan muskoxen
                                e)            petempatan dihubungkan melalui udara dan laut


Latihan
1.       Jenis iklim Malaysia ialah ____________________ iaitu  _______________ dan ______________ sepanjang tahun.
2.       Gurun Thar terletak di antara sempadan negara ________________ dan  ____________.
3.       Pada musim sejuk , kegiatan __________________ dijalankan di Siberia kerana getah pokok beku dan tanah bersalji serta licin memudahkan kerja mengangkut batang pokok yang ditebang ke pelabuhan.
4.       Iklim yang __________ dan __________ di gurun Thar telah menyebabkan aktiviti ________________ terhad untuk dijalankan.

5.       Greenland ialah sebuah pulau yang terbesar di dunia yang terletak di zon __________. Aktiviti ________________ ialah pekerjaan utama dan  mereka juga memburu binatang seperti ________________ dan _________________.

No comments:

Post a Comment